Ya Allah

Ya Allah permudahkanlah ku memperoleh seorang suami yang salih, beriman,bertaqwa, berilmu pengetahuan serta bersikap lembut hati.. dan dia mecintaiku sepenuh hati kerana mu Ya Allah dan aku juga mecintai dia sepenuhhati kerana mu Ya Allah.. dan dia menjadi peneman hidupku di dunia dan akhirat... janganlah Engkau Ya Allah membiarkan aku hidup seorang diri kerana sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik penyambung zuriat warisan.. amin

Sunday, September 11, 2011

JANGAN JADI HAMBA DUNIA

"Jangan jadi hamba dunia, duniawi yang bagai fatamorgana. Jadikan dunia sebagai kenderaan menuju syurga, jangan seperti untuk menuju neraka. Carilah rezeki sebanyak-banyaknya untuk bekalan di akhirat, karena tangan di atas lebih baik dari tangan di bawah. Bukan mudah untuk kita menjaga hati supaya tidak mudah tertawan oleh nafsu duniawi. Kekayaan dan kebahagiaan letaknya di hati dan keduniawian tidak menjamin anda kaya dan bahagia di dunia ini"


Allah berfirman:''Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak akan meminta harta-hartamu." (Muhammad: 36)


"Manusia rela mengabdikan diri kepada yang dicintainya. Sekiranya cinta kepada seorang wanita maka ia rela menjadi hamba wanita itu. Dan apabila cinta pada harta dunia..maka ia sanggup menghambakan diri ke arah itu. Juga kiranya pautan hatinya pada nafsu, ia akan menuruti segala keinginan nafsunya.. Barangsiapa mengadap dunia, nescaya dia akan dibakar api dunia..yakni tamak sehingga menjadi abunya. Dan berangsiapa mengadap akhirat..nescaya akhirat itu akan membersihkannya dengan cahaya.


Firman Allah swt yang bermaksud;
''Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembah dan beribadat padaku."(az-Dzaariat:56




No comments:

Post a Comment